أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Friday, 10 January 2014

UNTUK PANDUAN KITA SEMUA

بسم الله الرحمن الرحيم

Di sini ingin saya kongsikan hadith berkaitan dengan seorang pemimpin(imam yang adil)

KELEBIHAN IMAM YANG ADIL


Sabda Rasulullah SAW:

إن المقسطين عند الله على منابر من نور عن يمين الرحمن عزوجل وكلتا يديه يمين الذين يعدلون في حكمهم وأهلهم وما ولوا 
(رواه المسلم)
Maksudnya : Bahawasanya orang-orang yang adil, mereka di sisi Allah di atas beberapa mimbar dari cahaya, mereka di sebelah kanan Allah (a.w.j.) kedua-dua tangan Allah adalah kanan-mereka adalah orang yang adil dalam memberi hukum, adil terhadap ahli keluarga mereka dan yang mereka perintah.


Sabda Rasulullah SAW lagi:

قال وأهل الجنة ثلاثة دو سلطن مقسط متصدق موفق ورجل رحيم رقيق القلب لكل ذي قربى ومسلم وعفيف متعفف دو عيال
(رواه مسلم)
Maksudnya : Ahli syurga itu ada tiga golongan, orang yang mempunyai kekuasaan dan bersifat adil lagi mendapat taufiq, lelaki yang pengasih, lembut hati kepada setiap kerabat dan setiap orang Muslim, dan orang yang kaya diri, tidak meminta-minta.


BALASAN IMAM YANG ZALIM

Sabda Rasulullah SAW:

ما من وال يلي رعية من المسلمين فيموت وهو غاش لهم إلا حرم الله عليه الجنة
Maksudnya : Setiap pemerintah yang memerintah rakyat yang terdiri dari orang Islam pemerintah itu mati  sedangkan dia menipu mereka, Allah mengharamkan syurga untuk pemerintah itu.


Sabda Rasulullah SAW lagi:

ما من عبد يسترعيه الله رعية فلم يحطها بنصيحة لم يجد رائحة الجنة
Maksudnya : Seseorang hamba yang Allah memberikannya memerintah rakyat, orang itu tidak memberikan kepada rakyatnya itu nasihat yang secukupnya, orang itu tidak akan mencium bau syurga.


Berdasarkan hadith-hadith Rasulullah SAW, dapat kita ambil iktibar bahawa kebenaran atau peluang untuk menjadi seorang pemimpin,imam atau pemerintah itu adalah dengan izin Allah. Oleh itu, sekiranya kita menjadi seorang pemerintah, kita hendaklah memerintah sebaik-baiknya mengikut dasar Islam dan berlandaskan syariat dan hukum-hukum agama. Sekiranya kita tidak mematuhinya, Allah tidak benarkan kita mencium bau syurga,apatah lagi masuk syurga. wAllahu a'alam. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran serta bermuhasabah diri. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat balasan syurga di akhirat kelak. In Syaa Allah.
~ HAMBA ALLAH~



Tuesday, 10 December 2013

PENGANTAR FALSAFAH ; BAB 8:FALSAFAH POLITIK


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum sahabat2 semua.. kat sini group kami nak kongsikan nota peta minda untuk pengantar falsafah bab 8 iaitu Falsafah Politik..
alhamdulillah,hasil kerjasama kumpulan,kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.. terima kasih kepada semua (kak adawiyyah,hani,firdaus,kak hajar dan faizah)
WAllahu a'alam..

Monday, 2 December 2013

PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA

"Kalau kita terjaga pada tengah-tengah malam,
ia sebenarnya satu anugerah.
ALLAH kirimkan malaikat-Nya mengejutkan kita agar bangun beribadat kepada-Nya.
Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa kepada ALLAH (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur), kemudian tidurlah. Kalau kita sedar, kemudian terus sambung tidur tanpa ucap apa-apa (misalnya, beristighfar dan bertahmid) kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita..."

Monday, 7 October 2013

MUNAJAT SEORANG HAMBA

Wahai TUHAN kami...
Berilah kami perasaan takut kepada-Mu
yang dapat menghalang kami daripada kemaksiatan
dan berilah kami ketaatan kepada-Mu
yang menyampaikan kami ke syurga-Mu.
dan berilah keyakinan yang memudahkan kami
menghadapi ujian di dunia.

Wahai TUHAN kami...
Berilah kami nikmat pendengaran
penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami
dan jadikanlah ia mewarisi kami dan berilah pembalasan
kepada orang yang menzalimi kami.

Dan janganlah KAU jadikan bencana bagi kami
dalam agama kami dan janganlah jadikan keduniaan
sebesar-besar cita-citanya kami
dan tidak sampai batasan ilmu kami.
Dan janganlah KAU biarkan
orang yang tidak menaruh kasihan belas
terhadap kami dapat menguasai ke atas kami.

Wahai TUHAN kami...
Kami pohon perlindungan dengan nur kesucian-Mu
dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal-Mu
dari setiap yang datang waktu malam
kecuali yang datang dengan baik.

Wahai TUHAN kami...
KAULAH penolong kami
maka kepada-Mu kami memohon pertolongan
KAULAH tempat kami menyelamatkan diri
maka kepada-Mu jua kami memohon keselamatan...