أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

LATAR BELAKANG ST. THOMAS AQUINAS

2.1       ST. THOMAS AQUINAS

2.1.1    Latar Belakang tokoh


Ahli falsafah dan ahli teologi, St Thomas Aquinas dilahirkan pada 28 Januari 1225 dan meninggal pada 17 Mac 1274 ketika berusia 49 tahun. St Thomas Aquinas anak kepada pasangan keluarga Itali Landulph dari Aquino dan Theodora, Countess of Teano. Beliau dibesarkan di Roccasecca, Itali bersama tujuh yang lain dan beliau merupakan anak bongsu. Walaupun ahli keluarga Thomas berketurunan maharaja Frederick I dan Henry VI, mereka dianggap sebagai bangsawan yang lebih rendah yang berpegang teguh kepada agama dan juga melibatkan diri dengan aktiviti gereja. Sebelum St. Thomas dilahirkan, seorang pendeta suci telah mengkhabarkan dalam ramalannya, anak yang dikandung Theodora akan memasuki Pendakwah Perintah Friar ( Order Of Friar Preachers) dan menjadi seorang pelajar yang cemerlang serta mencapai tahap suci yang tertinggi.


2.1.2    Sejarah pendidikan


Penglibatan aktif keluarganya dalam bidang politik menyebabkan St Thomas Aquinas telah dihantar ke Benedictine Abbey of Monte Cassino untuk  dilatih oleh biarawan Benedictine ketika beliau mencapai usia 5 tahun. Tujuan beliau dihantar adalah untuk mencapai matlamat politik keluarganya. St Thomas Aquinas telah digambarkan sebagai seorang kanak-kanak lucu yang berjiwa mulia. Beliau berulang kali mengajukan persoalan “apa itu tuhan” kepada guru biaranya (Wisdom 8:19)Pengajian St. Thomas di monte cassino hanya sehingga beliau berusia 13 tahun kerana keadaan politik memaksa Thomas untuk pulang ke Naples dan memasuki Universiti Naples pada tahun 1239. Dan kemudian secara tidak langsung beliau telah terlibat dengan peraturan Dominican (Dominican Order). Oleh sebab beliau tidak menyukai suasana keluarganya yang berpolitik, beliau bertekad untuk bebas dan berpindah ke Paris. “Most men seem to live according to sense rather than reason.” Browning (1997).


Benarlah kata Mark Browning bahawa manusia ini lebih suka hidup mengikut rasa berbanding sebab. Oleh sebab itu, beliau telah mempelajari ilmu falsafah dan teologi di bawah seliaan St Albertus Magnus The Great selama empat tahu berturut-turut di University Cologne di Jerman pada tahun 1250 bagi falsafah kedoktoran teologi. St Thomas Aquinas merasakan ilmu amat penting bagi dirinya. Lantas beliau menumpukan segala usahanya kepada belajar, mengajar dan menghasilkan penulisan karya.


Pada tahun 1273, beliau jatuh sakit. Keadaan kesihatan tersebut telah menyebabkan beliau berhenti daripada aktiviti mengajar dan menulis. Tidak lama selepas itu,beliau meninggal dunia pada tahun 1274 di Fossanova Abbey,Lazio Itali ketika beliau dalam perjalanan menghadiri mesyuarat Council of Lyons. (Bigongiarl 1953)Beliau merupakan seorang yang mahir dalam bidang mengajar,menulis,berdebat dan menyampaikan syarahan. Kita dapati bahawa kemahirannya itu telah memberi sumbangan yang besar dalam kehidupan intelek dan kerjayanya.

2.1.3    Guru-guru


Pandangan St Thomas Aquinas banyak dipengaruhi oleh ahli falsafah sebelum zaman pertengahan seperti Origen, St Augustine, Philo dari Alexandaria, Peter Abelard dan Moses Maimonides lebih-lebih lagi dalam kefalsafan agama yang mana St Thomas Aquinas percaya bahawa falsafah ini adalah bersifat defensive dan apologetic serta preamble kepada segala bentuk kepercayaan agama.


2.1.4    Karya penulisan


Dalam hayat yang pendek, yakni selama 49 tahun, St Thomas Aquinas telah menulis beberapa buah buku dalam bidangnya iaitu, falsafah dan teologi. Penulisan karya beliau adalah dalam bahasa Latin. Terdapat 96 buah karya beliau telah tersenarai dalam katalog(Gilby 1989:20). Karya-karya beliau merangkumi bidang-bidang falsafah,teologi,psikologi dan lain-lain.Penulisan beliau yang amat penting adalah dua “summae” yang besar, iaitu summa contra gentiles dan summa theological. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat menyempurnakan karyanya summa theological dengan lengkap kerana kisah hidupnya yang pahit. Di samping itu, beliau juga ada menulis beberapa ulasan mengenai penulisan Aristotle. St Thomas telah membahagikan dua “summae” kepada empat bahagian (persoalan utama):

a.       Bukti-bukti kewujudan dan sifat-sifat Tuhan
b.      Penciptaan Tuhan (jiwa dan manusia)
c.       Persoalan-persoalan etika dan masalah kejahatan
d.      Perbincangan trinity, penjelmaan, keagungan paus dan kebangkitan jasad

Beliau banyak memberi kuliah dan syarahan sama ada di pusat-pusat pengajian atau di gereja-gereja. Beliau juga banyak menulis risalah-risalah dalam majalah-majalah berkala, perbahasan dan perdebatan, ulasan beberapa kitab Bible, ulasan risalah Aristotle, Beothins dan lain-lain lagi.


Pada tahun 1322, St Thomas Aquinas telah menerima panggilan keramat dalam agama kristian, Santo. Penulisan beliau telah mendapat tempat di mata ahli-ahli falsafah sekalipun beliau telah meninggal dunia. Kemudiannya pada 1879, Pope Leo XIII telah mengesyorkan falsafah St. Thomas Aquinas sebagai tokoh pemikiran katolik. Beliau juga turut digelar The Angelic Doctor dan The Common Doctor. Beliau bukanlah ahli falsafah-teologi, tetapi seorang yang melihat penjelasan rapi mengenai masalah utama manusia beragama.

No comments:

Post a Comment