4.1 KESIMPULAN
Falsafah ialah
satu disiplin ilmiah yang
mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Daripada berbagai perkara yang sudah kita bincangkan
tentang tokoh falsafah tersebut,dapat kita simpulkan bahawa St. Thomas adalah
seorang yang sangat berpengalaman dan mahir dalam pelbagai bidang. Beliau juga
sangat disegani oleh orang ramai
disebabkan oleh peribadinya yang mampu menarik minat kita untuk mempelajari
pelbagai bidang bukan hanya satu bidang tetapi bidang-bidang yang boleh
menjadikan kita semua memiliki minda kelas pertama.
Pendekatan falsafah St. Thomas
Aquinas telah membuktikan kewujudan tuhan. Beliau memulakan dengan kaedah
epistemologi, kemudiannya sifat-sifat tuhan dan hubungan tuhan dengan entiti
lain seperti jiwa dan dunia. Pendekatan falsafah yang sestematik dalam karya-karya
yang dihasilkan oleh beliau boleh memberi pengajaran dan panduan kepada kita
semua dalam menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Kehidupan yang sempurna
boleh membawa kepada kebahagiaan.
No comments:
Post a Comment