أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

PENGENALAN ST. THOMAS AQUINAS


                                                                    
1.1       PENGENALAN

Segala puji bagi Allah SWT yang telah menurunkan kepada kita agama yang penuh dengan petunjuk dan rahmat. Dan juga telah meninggikan darjat dan keutamaan kepada kita dengan agama tersebut. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w juga kepada keluarga,sahabat serta mereka yang mengikuti jejak langkahnya sehingga hari akhirat kelak. Terima kasih diucapkan kepada Prof. Ahmad Sunawari Long atas peluang yang diberikan untuk kami mengkaji tugasan ini. Semoga rahmat  dan kurnia Allah sentiasa mengiringi perjalanan beliau.


Tokoh yang dipilih bagi tugasan ini ialah “St. Thomas Aquinas”. Antara perkara-perkara yang akan kami bincang tentang tokoh ini adalah:·      

   Latar belakang
·         Sejarah pendidikan
·         Guru-guru
·         Karya penulisan


Sebelum bangkitnya bidang falsafah pada abad ke-8, zaman pertengahan dibahagikan kepada dua, iaitu masa Patristik dan masa Skolatik. Namun sebelum zaman itu, peradaban Rom telah melalui satu tempoh  kejatuhan pada abad ke-6 dan abad ke-7. Kejatuhan ini bukan sahaja telah meruntuhkan ketamadunan yang telah dibina berabad-abad lamanya, juga ketamadunan agama Kristian yang dibangunkan pada lima abad yang terakhir. Hasil kajian menunjukkan perpindahan bangsa telah meletakkan Rom di tahap yang paling rendah sebelum dibangunkan semula pada abad ke-8.Namun begitu, falsafah yang bangkit pada abad ke-8 ini, adalah falsafah Skolatik yang mana falsafahnya sangat berbeza dengan falsafah sebelum kejatuhan ketamadunan Rom (Patristik). Lebih-lebih lagi, falsafah ini adalah falsafah yang diperjuangkan oleh satu rumpun bangsa yang baru dari bangsa Eropah barat. Falsafah ini berkembang sekitar tahun 1100-1500 dan St Thomas Aquinas sebagai tokoh yang bangkit cuba mendamaikan pertelingkahan agama dengan alasan yang kukuh bersama karya-karya Aristotle.Salah satu ciri dari falsafah ini ialah menentang segala pengertian umum dan universal. Hal ini kerana, agama kristian telah memulihkan semula pemikiran Yunani Kuno. Maka melalui agama ini, orang Eropah dengan segera dapat mengetahui pengertian yang abstrak. Hal ini menyebabkan pada era pertengahan, muncul persoalan tentang pengertian walau dalam bentuk yang berbeza.Mereka berpendapat, bahawa pengertian umum bukan sekadar sebutan kalimah sahaja. Bahkan pengertian umum adalah benda itu sendiri (realism). Lebih-lebih lagi dalam skop dan aspek agama. Kalimah Tuhan itu, bukan hanya sebutan sahaja melainkan Tuhan sendiri.Bagi mengawal fahaman ini, St Thomas Aquinas mengatakan bahawa tidak semua perkara dapat dibuktikan dengan pengertian. Khususnya dalam bab agama seperti konsep trinity, kelahiran, kewujudan dan sebagainya. Selaras dengan itu, beliau berpendapat bahawa teologi dan falsafah adalah dua bidang yang berbeza dan mempunyai kebenaran tersendiri. Di mana falsafah adalah ilmu mengenai teori lalu melahirkan kebenaran yang sesuai dan teologi pula ilmu praktik yang membuktikan kebenaran iman.Semoga ilmu dan pengetahuan tentang tokoh falsafah ini mampu membuka minda kita semua dalam mengenali tokoh-tokoh lain dengan lebih terperinci dan dapat memberi manfaat kepada kita semua serta boleh dijadikan teladan kepada sekalian pembaca. Sekian.




No comments:

Post a Comment